Diari H2O

Air Untuk Manusia, Air Oleh Manusia

We Are Sidang Blog BASiS

Wujud sejak 2016 atas bimbingan Encik Zefry Hanif atau mesra dikenali sebagai Cikgu Jep. Tujuannya adalah untuk menyertai pertandingan “My Pengguna” yang bertemakan “Air Untuk Manusia, Air Oleh Manusia”. Bagi memberikan kesedaran kepada rakyat tentang betapa pentingnya air apatah lagi mendepani krisis baru-baru ini iaitu El Nino. Diharap akan memberikan impak yang positif kepada masyarakat Malaysia.

Copyright © 2016 Diari H2O. Powered by Blogger.

Posts

Comments

Pasukan kami

Blog Journalis

Hubungi Kami

Jom Sertai Kami

Portfolio

    Posted by: Sidang Blog BASiS Posted date: 06:48:00 / comment : 0

    Laporan Lawatan ke SMK Telok Panglima Garang

    Laporan disediakan oleh:Ahmad Khaidir Amir bin Rodzman

    Pada Khamis yang lalu,Timbalan Ketua Pentadbir mengadakan lawatan bersama-sama pelajar SM Sains Banting,BASiS ke SMK Telok Panglima Garang sempena Karnival Kerjaya 2016.Pada hari tersebut,pelbagai booth booth IPTA dan IPTS mempromosikan instistusi mereka.Organisasi kami DiariH2O mengambil peluang untuk mempromosikan blog pengguna kami yang ditubuhkan semperna pertandingan blog pengguna 2016 iaitu Diari H2O yang bertemakan “Air untuk Manusia,Air Dari Manusia.” Kepada semua yang menghadiri carnival tersebut.Pihak yang terlibat ialah pelajar seluruh Sekolah Menengah dari serata Kuala Langat termasuk Pihak-Pihak Institusi Pendidikan Tinggi.


    Temu ramah pelajar-pelajar SMK Telok Panglima Garang tentang permasalahan air yang selalu mereka hadapi juga dijalankan bagi  mengenal pasti adakah air itu sangat penting kepada  masyarakat dan apakah yang akan berlaku tanpanya.Hasil temu ramah mendapati bahawa masalah yang sangat besar berlaku dalam masyarakat apabila tiada air.Oleh itu,Diari H2O dengan penuh rasa tanggungjawab membantu memberikan kesedaran kepada pelajar pelajar tentang cara-cara menjimatkan air dan langkah-langkah yang perlu diambil mendepani krisis El Nino.

    Fliers diedarkan kepada semua pelajar dan tiap tiap kelas.Dengan bantuan guru-guru SMK TPG yang mesra lagi peramah memudahkan urusan kami menyebarkan fliers ke seluruh warga sekolah dengan lancar.

    Kesimpulannya,Peglibatan Awam yang dirancang diharap  mampu memberi impak walaupun sedikit dalam menyumbang kepada penjagaan alam sekitar.Diharap,selepas ini air akan dapat dipelihara dan dipulihara dengan baik dan bukan kerajaan sahaja yang memainkan peranan dalam permasalahan ini.

    Laporan Disediakan Oleh
    Ahmad Khaidir Amir bin Rodzman
    Timbalan Ketua Pentadbir Diari H2O


    icon allbkg

    Tagged with:

    Next
    Newer Post
    Previous
    Older Post

    No comments:

    Leave a Reply

Komentar

Respon Pembaca