Diari H2O

Air Untuk Manusia, Air Oleh Manusia

We Are Sidang Blog BASiS

Wujud sejak 2016 atas bimbingan Encik Zefry Hanif atau mesra dikenali sebagai Cikgu Jep. Tujuannya adalah untuk menyertai pertandingan “My Pengguna” yang bertemakan “Air Untuk Manusia, Air Oleh Manusia”. Bagi memberikan kesedaran kepada rakyat tentang betapa pentingnya air apatah lagi mendepani krisis baru-baru ini iaitu El Nino. Diharap akan memberikan impak yang positif kepada masyarakat Malaysia.

Copyright © 2016 Diari H2O. Powered by Blogger.

Posts

Comments

Pasukan kami

Blog Journalis

Hubungi Kami

Jom Sertai Kami

Portfolio

    Posted by: Sidang Blog BASiS Posted date: 01:33:00 / comment : 0


    Image result for sekolah menengah agama persekutuan kajang


             Pada 10 April yang lalu,pelajar dari Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang telah berkunjung ke SM Sains Banting sepoena program pertukaran pelajar bagi merasai suasana pembelajaran disini. Mereka berada disini selama 6 hari 5 malam bermula hari Ahad sehingga hari Jumaat. Oleh hal yang demikian,Ketua Pentadbir DiariH2O telah mengambil peluang ini untuk mempromosikan organisasi ini kepada mereka dan mengadakan pelbagai program kepada mereka sepanjang mereka berada di sini.

           Antara program yang dijalankan ialah ceramah tentang "Mana Datangnya Air?"
    Program "Minum Air Setiap 1 jam",Melukis Poster dan lain lain.
    Ceramah tentang "Mana Datangnya Air?" di dalam kelas

    Firdauz pelajar dari SMAP Kajang juga memberikan respon yang positif terhadap usaha kami.
    "Saya rasa bagusla usaha yang dilakukan kerana sekarang ni pun musim panas,El Nino,kesihatan pun dalam keadaan bahaya.Sangat bagusla...."

    Ketua Pentadbir DiariH2O  menyerahkan air percuma kepada pelajar SMAP Kajang di Kantin

                                                                                                                                                        
    Ketua Pentadbir DiariH2O berkata "Saya berharap usaha yang saya laksanakan ini memberi impak yang besar kepada masyarakat walaupun apa yang saya buat ini kecil,namun walaupun kecil jangan memandang rendah kerana kalau kita terasa kecil untuk mengubah sesuatu,cuba malam ni tidur dekat luar.Kamu akan lihat sebabkan nyamuk yang kecik,satu malam kamu tak boleh tidur."

    Katanya lagi "Saya sangat berbangga kerana Diari H2O kini mula kukuh dan dikenali.Walaupun baru dan tidak lama juga ditubuhkan,berbanding blog lain yang dicipta oleh sekolah lain untuk pertandingan ini,dilihat blog kami lebih matang dari segi design,cara penulisan dan isi,warga BASiS patut berasa bangga kerana kita sebenarnya sudah berada di tahap yang sangat hebat."



        Respon dari pelajar BASiS,Muhammad Izzat Hazim,17 berkata "Program yang dijalankan oleh DiariH2O sangat bagus dan membuatkan saya mula menghargai air sebab selama ni saya selalu membazir air.Saya doakan DiariH2O akan pergi lebih jauh dan berjaya di masa akan datang terutamanya untuk pertandingan BlogPengguna2016 "Air Untuk Manusia,Air Oleh Manusia."

        Kesimpulannya,program yang dilaksanakan oleh kami memberi impak yang baik kepada semua dan diterima ramai.Diharap organisasi ini akan menyumbang lebih banyak lagi dimasa akan datang.
    Laporan disediakan oleh
    Ahmad Khaidir Amir bin Rodzman


    icon allbkg

    Tagged with:

    Next
    Newer Post
    Previous
    Older Post

    No comments:

    Leave a Reply

Komentar

Respon Pembaca