Diari H2O

Air Untuk Manusia, Air Oleh Manusia

We Are Sidang Blog BASiS

Wujud sejak 2016 atas bimbingan Encik Zefry Hanif atau mesra dikenali sebagai Cikgu Jep. Tujuannya adalah untuk menyertai pertandingan “My Pengguna” yang bertemakan “Air Untuk Manusia, Air Oleh Manusia”. Bagi memberikan kesedaran kepada rakyat tentang betapa pentingnya air apatah lagi mendepani krisis baru-baru ini iaitu El Nino. Diharap akan memberikan impak yang positif kepada masyarakat Malaysia.

Copyright © 2016 Diari H2O. Powered by Blogger.

Posts

Comments

Pasukan kami

Blog Journalis

Hubungi Kami

Jom Sertai Kami

Portfolio

    Posted by: Sidang Blog BASiS Posted date: 05:57:00 / comment : 1

    Image result for future age city

             Diari H2O kini mula memasuki fasa terakhir iaitu bulan 6 untuk pertandingan Blog Pengguna 2016 yang bertemakan, "Air Untuk Manusia,Air Oleh Manusia.Memasuki fasa terakhir ini,Diari H2O akan lebih fokus kepada penglibatan umum khususnya pada 22 Mei 2016 ini,kami akan bergerak ke KUSESS, (Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor)sempena pertandingan Catur  Terbuka.Kami bercadang ingin mempromosikan blog kami disana.

           Bagi mendepani era globalisasi menuju futuristik yang semakin dekat,pelbagai ledakan inovasi dan teknologi berlaku disekeliling.Ini semua hasil penggunaan ilmu ilmu yang diaplikasikan dengan sebaiknya.Lihatlah kegemilangan kerajaan Abassiyah.Mereka mengutamakan ilmu,contohnya dapat kita lihat,Khalifah Harun Al Rasyid membina Baitul Hikmah yang merupakan perpustakaan yang menyimpan pelbagai khazanah ilmu.Khalifah Al-Makmun yang memberikan biasiswa bagi melahirkan ramai ilmuwan tersohor.Inilah hasil daripada memartabatkan ilmu.

    Image result for abbasiyah empire

     Prinsip Archimedes
    Prinsip Archimedes adalah subtopik utama yang biasanya perlu dikuasai oleh pelajar yang bakal menduduki SPM.Umumnya,permasalahan yang menghantui pelajar adalah mereka tidak memahami dan tidak tahu bagaimana memahami prinsip Archimedes.Prinsip Archimedes ini memberi sumbangan yang besar dalam pembangunan ilmu masa kini.Ayuh kita kenal lebih lanjut siapa Archimedes.
    Image result for archimedes

    Pada suatu hari,Raja telah memerintahkan Archimedes untuk mencari suatu kaedah untuk membuktikan  ketulenan mahkota emasnya.Beliau diberi masa untuk mencari penyelasaian bagi masalah tersebut.Jika beliau tidak berjaya,beliau akan dihukum bunuh.Beliau yang berfikir fikir akhirnya menemui jalan buntu dan bersedih hati lalu mengambil keputusan untuk mandi di sebuah kolam air panas bagi menenangkan fikiran.Apabila beliau masuk kedalam air panas tersebut dan duduk,beliau melihat banyak air yang melimpah keluar.Akhirnya beliau mendapat idea dan disebabkan terlalu gembira,beliau berlari dalam keadaan bogel di seluruh bandar sambil menjerit "EUREKA!!!!" yang bermaksud "aku sudah menemui caranya."

    Image result for archimedes

    Prinsip Archimedes menyatakan bahawa air yang disesarkan bersamaan dengan isipadu sesuatu bahan.Contohnya satu batu diletakkan kedalam satu bekas,air yang tersesar daripada bekas masuk ke dalam bekas adalah bersamaan dengan isipadu tersebut.Mengapa?
    Hal ini kerana bilangan zarah zarah dalam batu tersebut sama dengan bilangan zarah-zarah air yang tersesar.Contohnya.Isipadu air asal adalah 40 ml.Apabila sekeping syiling diletakkan,jumlahnya meningkat menjadi 56ml.Ini bermakna isipadu asing yang bertambah itulah isipadu batu tersebut.
    Mudahkan?
    Image result for kaedah sesaran air

    Kapal Laut Juga Berkaitan Dengan Prinsip Archimedes?

    Image result for submarine

    Bukan ke tadi saya cakap Prinsip Archimedes ni digunakan untuk menentukan isipadu air,so kenapa kapal selam pun guna Prinsip Archimedes jugak?

    Prinsip Archimedes juga menyatakan bahawa daya tujah keatas yang dialami oleh suatu jasad yang tenggelam sepenuhnya atau sama dengan berat yang disesarkan oleh objek itu.

    Ini prinsip Archimedes II. Tak paham?Ok chill.....

    Image result for prinsip archimedes pada kapal selam
    Ia mempunyai dua teori.Jika anda jawab kedua dua teori ini dalam SPM pun masih boleh dapat full marks.

    Teori I
    Apabila air diisi kedalam tangki balas,Kapal akan tenggelam.Ini kerana objek tersebut semakin berat.Ketumpatan isipadu kapal meningkat.Ini menyebabkan kapal selam akan turun sehingga kedalam itu,isipadu air dalam laut itu sama ketumpatannya dengan isipadu tekanan dalam kapal selam tersebut.

    Apabila air dikeluarkan dari tangki balas.Ketumpatan air dalam kapal selam berkurang.Kapal akan naik keatas  apabila isipadu air sama tekanan isipadu di luar kapal selam.

    Teori II
    Apabila  daya tujah ke atas sama dengan berat kapal selam.Objek akan kekal pegun.Apabila daya tujah keatas melebihi berat kapal selam,kapal selam akan naik keatas.Apabila daya tujah kurang daripada berat objek,maka kapal akan tenggelam.

    Prinsip Pascal
    Image result for jack hydraulic

      Prinsip Pascal menyatakan bahawa tekanan yang dikenakan keatas air dipindahkan secara seragam.

    Prinsip Archimedes juga banyak diaplikasikan dalam kehidupan moden seharian.

    icon allbkg

    Tagged with:

    Next
    Newer Post
    Previous
    Older Post

    1 for Prinsip Fizik Tentang Air (Prinsip Archimedes dan Prinsip Pascal)

    1. blog yang sangat bermanfaat dan info yang sangat berguna. :)

      ReplyDelete

Komentar

Respon Pembaca