Diari H2O

Air Untuk Manusia, Air Oleh Manusia

We Are Sidang Blog BASiS

Wujud sejak 2016 atas bimbingan Encik Zefry Hanif atau mesra dikenali sebagai Cikgu Jep. Tujuannya adalah untuk menyertai pertandingan “My Pengguna” yang bertemakan “Air Untuk Manusia, Air Oleh Manusia”. Bagi memberikan kesedaran kepada rakyat tentang betapa pentingnya air apatah lagi mendepani krisis baru-baru ini iaitu El Nino. Diharap akan memberikan impak yang positif kepada masyarakat Malaysia.

Copyright © 2016 Diari H2O. Powered by Blogger.

Posts

Comments

Pasukan kami

Blog Journalis

Hubungi Kami

Jom Sertai Kami

Portfolio

    Posted by: Sidang Blog BASiS Posted date: 21:19:00 / comment : 0



    Dalam kepesatan pembangunan,Kuala Langat juga tidak ingin ketinggalan dalam industri pelancongan.Banyak tempat tempat kini di Kuala Langat yang dibina bagi menarik pelancong ke Kuala Langat.Hal ini akan meningkatkan kegiatan ekonomi penduduk tempatan.Oleh itu,dengan penuh rasa tanggungjawab,DiariH2O ingin mempromosikan Kuala Langat kepada masyarakat luar  kerana dengan mengenali Kuala Langat,anda akan dapat mengenali SM Sains Banting yang merupakan satu-satunya SBP di daerah ini dimana lahirnya blog DiariH2O.
    Image result for kuala langat
    Oleh itu kami senaraikan tempat-tempat menarik di Kuala Langat yang mesti dikunjungi mengikut ranking penilaian kami sendiri.

    Pertama:Tadom Hill Resort,Banting

            Tadom Hill Resort di Labuhan Dagang,Banting baru dibuka berkonsepkan tasik paya gambut.Di sekelilingnya ialah pokok kelapa sawit.Namun jangan sangka tempat ni tak best.Air dia jernih dan bersih dan sesuai untuk aktiviti berakit,mandi manda.Asalnya tasik ni kawasan perlombongan.Mungkin sekarang sisa sisa radioaktif tu dah tak de,so boleh jadi kawasan rekreasi.Tak percaya???Jom usya Video Tadom Hill Resort ni....

    antara gambar-gambar yang cantik di Tadom Hill Resort Labuhan Dagang,Banting ialah



    Untuk info lebih lanjut.Layari http://www.tadomhillresorts.com/

    Kedua:Taman Rekreasi Paya Bakau,Sijangkang

    Kepada pelajar sains,Upper form.Belajar biologikan???Dah belajar pengkolonian dan sesaran???Dah belajar tapi susah nak paham.So caner nak paham????Cuba aplikasikan apa yang korang belajar dengan lihat sendiri kejadian itu di Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang.Kat sini ada macam macam jenis tumbuhan yang biasa hidup di paya.Kat sini korang akan jumpa la pokok yang ada akar pneumotafor dan lihat sendiri macam mana bentuk sebenar akar tersebut.Anda juga akan dapat melihat hidupan hidupan di paya bakau.Berikut adalah gambar-gambar suasana di Taman Rekreasi Paya Bakau,Sijangkang.







    Ketiga:Bukit Jugra
    Image result for jugra hill

    Akhir sekali kat Kuala Langat ni yang wajib pergi ialah Bukit Jugra.Bukit Jugra juga memang sedia terkenal dengan aktivit Paragliding dan banyak pertandingan yang diadakan disini yang berperingkat antarabangsa.Para pengunjung mampu menikmati suasa pemandangan laut yang indah dari puncak bukit Jugra.Bertepatan dengan konsep DiariH2O yaitu "air" maka eloklah pergi ke sini memerhatikan keindahan laut dan sungai disekitar Bukit Jugra dan dapatlah kita menghayati kegemilangan Jugra sebagai psat pemerintahan Selnangor suatu masa dahulu.




    Inilah senarai Top3 tempat yang wajib dilawati di Kuala Langat.Kalau anda perasan,semuanya tempat berkaitan dengan air.Betul tak?Nak buat macam mana...nak kena ikut tema.Terima kasih kerana sudi membaca.Selamat berpuasa :)

    icon allbkg

    Tagged with:

    Next
    Newer Post
    Previous
    Older Post

    No comments:

    Leave a Reply

Komentar

Respon Pembaca