Diari H2O

Air Untuk Manusia, Air Oleh Manusia

We Are Sidang Blog BASiS

Wujud sejak 2016 atas bimbingan Encik Zefry Hanif atau mesra dikenali sebagai Cikgu Jep. Tujuannya adalah untuk menyertai pertandingan “My Pengguna” yang bertemakan “Air Untuk Manusia, Air Oleh Manusia”. Bagi memberikan kesedaran kepada rakyat tentang betapa pentingnya air apatah lagi mendepani krisis baru-baru ini iaitu El Nino. Diharap akan memberikan impak yang positif kepada masyarakat Malaysia.

Copyright © 2016 Diari H2O. Powered by Blogger.

Posts

Comments

Pasukan kami

Blog Journalis

Hubungi Kami

Jom Sertai Kami

Portfolio

    Posted by: Sidang Blog BASiS Posted date: 02:19:00 / comment : 0



    Asalamualaikom,Hari ini saya nak share apa yang best kat Melaka.Para pembaca tahu tak apa yang best dekat Melaka ni.Melaka ni banyak juga tempat yang menarik brkait dengan air.Tapi sebelum saya mula,tahu tak sejarah Melaka?

    Sejarah Melaka

    Sejarah kesultanan Melaka bermula dengan kedatangan Parameswara, seorang raja Srivijaya dari Palembang yang memerintah pada tahun 1400 hingga 1424. Nama Melaka diambil sempena nama pohon tempat Parameswara berteduh. Pada ketika itu, satu perkara aneh berlaku di mana seekor kancil putih telah menendang anjing-anjing raja. Melihatkan kejadian itu Parameswara merasa kagum dan memerintahkan agar kawasan tersebut dibuka dan dinamakan sebagai Negeri Melaka. Kesultanan ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh pihak Portugis pada tahun 1511.
    Empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, dan terdiri daripada Tanah Melayu, (kini, Semenanjung Malaysia), Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan (pulau Jawa). Semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melaka, lahirlah nama-nama besar seperti Tun Perak, Hang Tuah lima bersaudara yang merupakan pahlawan besar ketika itu.
    Sultan Mahmud Shah, sultan terakhir Kesultanan Melaka, merupakan mangsa keadaan disebabkan Portugal pada awal abad ke-16 sedang meluaskan kuasanya ke luar negara bagi merealisasikan impiannya iaitu 3K (Keagamaan, Kekuasaan, Kekayaan).

    Pemerintahan penjajah

    Melaka dikuasai oleh pihak Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 24 Ogos 1511. Ia menjadi suatu pangkalan strategik bagi pengembangan pihak Portugis di Hindia Timur dan diperintah oleh mereka selama 130 tahun.
    Pada tahun 1641, pihak Belanda menguasai Melaka dengan menewasan pihak Portugis melalui bantuan Sultan Johor. Walaubagaimanapun, pihak Belanda tidak berminat menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan di antara Timur dan Barat tetapi lebih mementingkan pembangunan Batavia (Jakarta) di Indonesiasebagai pusat pentadbiran mereka. Mereka menyerahkan Melaka kepada pihak British mengikut Perikatan British-Belanda pada tahun 1824.
    Dari 1826 hingga 1867, Melaka diperintah oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris (British East India Company), dan kemudiannya menjadi sebuah tanah jajahanBritish. Kemudian, pada tahun 1946, ia menjadi salah satu Negeri Selat (Straits Settlement), bersama-sama dengan Singapura dan Pulau Pinang.
    Selepas pembubaran tanah jajahan, Melaka dan Pulau Pinang telah menjadi sebahagian daripada Malayan Union yang kemudiannya menjadi Malaysia pada tahun1963.
    Melaka diisytiharkan sebagai "Bandaraya Bersejarah" pada 15 April 1989 oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir bin Mohammad

    Image result for melaka

        Jadi sekarang setelah mengetahui sejarah ringkas tentang Melaka.Saya akan tunjukkan tempat tempat menarik di Melaka mengikut ranking yang di nilai oleh saya sendiri.Mari kita mulakan.

    Tempat-tempat menarik di Melaka

    1.Menara Taming Sari

    Di sini,dengan menaiki menara ini,pengunjung boleh memerhatikan pemandangan indah bandaraya Melaka dengan suasana pemandangan yang lebih tinggi.Antara pemandangan -pemandangan yang boleh dilihat dari menara Taming Sari ini ialah




    2.Eye On Malaysia,Melaka

     Eyes on Malaysia merupakan tempat terbaik jika pengunjung  ingin menikmati suasana laut Melaka.Dari sini pengunjung mampu melihat keindahan laut Selat Melaka.Laut biru yang trbentang luas pasti menggamit minat dan menenangkan mata yang memandang.Kerana air juga merupakan sifat terapi yang menenangkan.



    3.Flo Dhe La Mar,Melaka


    Flo Dhe La Mar adalah kapal Portugis yang dibina semula menjadi muzium,Untuk pengetahuan semua kapal ini juga merupakan kapal yang digunakan ketika Portugis menyerang Melaka.Ia merupakan tinggalan Sejarah yang wajib dipelajari oleh rakyat Malaysia yang cintakan negara.Ia dibina berdekatan dengan laut.Jadi para pengunjung dapat memerhatikn juga pemandangan di laut.



    4.Melaka,River Cruise


    Melaka River Cruise adalahyang paling saya suka.Lagi lagi naik masa malam.Suasana sungai yang indah dan pemandangan sekitar kota Melaka yang indah waktu malam pasti memberikan kenangan yang tidak dapat dilupakan kepada para pengunjung.






    Terima kasih kerana sudi membaca.Jadikan kami DiariH2O sebagai blogpengguna2016 yang terbaik!!!!!Teruskan menyokong kami :)

    icon allbkg

    Tagged with:

    Next
    Newer Post
    Previous
    Older Post

    No comments:

    Leave a Reply

Komentar

Respon Pembaca