Diari H2O

Air Untuk Manusia, Air Oleh Manusia

We Are Sidang Blog BASiS

Wujud sejak 2016 atas bimbingan Encik Zefry Hanif atau mesra dikenali sebagai Cikgu Jep. Tujuannya adalah untuk menyertai pertandingan “My Pengguna” yang bertemakan “Air Untuk Manusia, Air Oleh Manusia”. Bagi memberikan kesedaran kepada rakyat tentang betapa pentingnya air apatah lagi mendepani krisis baru-baru ini iaitu El Nino. Diharap akan memberikan impak yang positif kepada masyarakat Malaysia.

Copyright © 2016 Diari H2O. Powered by Blogger.

Posts

Comments

Pasukan kami

Blog Journalis

Hubungi Kami

Jom Sertai Kami

Portfolio

    KHAMIS, 21 APRIL 2016 @ 12:13 A:M (BERITA HARIAN)

    Empangan Jernih elak Melaka berdepan krisis air

    AYER KEROH: Pembinaan Empangan Jernih yang juga empangan keempat di Melaka perlu disiapkan sebelum tahun 2018 bagi mengelak negeri ini berdepan krisis air pada masa depan. 

    Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata perancangan secara sistematik sumber bekalan air termasuk pembinaan empangan baharu itu adalah bagi menampung pertambahan permintaan, seterusnya mengimbangi sumber empangan sedia ada di Empangan Durian Tunggal di Alor Gajah dan Empangan Jus serta Empangan Asahan di Jasin.

     "Empangan Jernih perlu disiapkan bagi menampung bekalan air pada tahun 2020 hingga 2025, manakala pada tahun 2023, negeri ini memerlukan satu lagi empangan baharu untuk menampung bekalan air pada tahun 2025 hingga 2030.







    RABU, 6 APRIL 2016 @ 1:47 A:M (UTUSAN MALAYSIA)


    6 Empangan Kritikal


    PUTRAJAYA 5 April - Sebanyak enam empangan di empat negeri kini dipantau oleh Suruhanjaya Perkhid­matan Air Negara (SPAN) berikutan bacaan paras air simpanannya berada di tahap kritikal berikutan cuaca panas yang berpanjangan.

    Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili berkata, bagaimanapun keadaan itu masih belum memaksa SPAN untuk melaksanakan catuan air.

    Menurutnya, empangan yang dipantau ialah Timah Tasoh, Perlis yang mencatat paras air sebanyak 20.14 peratus; Gemencheh, Negeri Sembilan (21.18 peratus); Lebam (25.59 peratus) dan Layang (24.18 peratus) di Johor dan empangan Milau dan Babagon di Sabah, masing-masing sebanyak 33.9 peratus.

    “Dua empangan di Johor itu dikategorikan antara paling kritikal, ia memang selalu bermasalah kera­na kawasan tadahannya yang kecil, tetapi kerajaan negeri dan SPAN sentiasa memantau dan buat masa ini bekalan air masih mencukupi, tambahan pula kerajaan negeri baru sahaja membina paip.




    Selanjutnya di :http://www.utusan.com.my/berita/nasional/6-empangan-kritikal-1.212597#sthash.cZuvw5s6.dpuf







Komentar

Respon Pembaca