Diari H2O

Air Untuk Manusia, Air Oleh Manusia

We Are Sidang Blog BASiS

Wujud sejak 2016 atas bimbingan Encik Zefry Hanif atau mesra dikenali sebagai Cikgu Jep. Tujuannya adalah untuk menyertai pertandingan “My Pengguna” yang bertemakan “Air Untuk Manusia, Air Oleh Manusia”. Bagi memberikan kesedaran kepada rakyat tentang betapa pentingnya air apatah lagi mendepani krisis baru-baru ini iaitu El Nino. Diharap akan memberikan impak yang positif kepada masyarakat Malaysia.

Copyright © 2016 Diari H2O. Powered by Blogger.

Posts

Comments

Pasukan kami

Blog Journalis

Hubungi Kami

Jom Sertai Kami

Portfolio

    Sajak:Air Suci Yang Menitis oleh Khaidir Amir

    Menitis air dari pipi,
    Diiringi niat setalah seruan memecah suasana
    Memanggil hamba yang diulit mimpi
    Agar bersujud dan tidaklah lena,
    Dek henjutan buaian,
    Yang melekekan minda,
    Memejamkan mata yang terbuka.

    Air membasahi tubuh
    Lima kala sepanjang hari
    Walaupun mata kuyu di waktu subuh
    Gagahkanlah memegang tasbih dijemari
    Pecahkan hening dengan nama ukhrawi,
    Kala langit gelap menerbitkan cahaya.

    Air menitis dari pergelangan  tangan,
    Menggugurkan dosa-dosa
    Membersihkan tubuh dan hati,
    Agar mulia di sisi Ilahi
    Tika menghadapnya nanti.

    Teruskanlah wahai insan,
    Membasahi dirimu dengan air suci ini,
    Sebelum memulakan setiap ibadat,
    Kerana suatu hari apabila kau terlambat,
    Tika itu air yang membasahimu
    Disebuah perbaringan,
    Tidakkan menyucikan sejarah hitammu,
    Tidakkan memadam catatan di bahu kirimu,
    Tidak menyejukkan panasnya penyesalan,
    Mungkin melemaskanmu dengan azab,

    Di mata insan kau dimandikan,
    Di mata mu siapa yang tahu?
    Air bunga mawar disiram di teratakmu,
    Bukan lagi air suci yang membasuhi tubuhmu,
    Jikalau kau selalu  membasahi tubuhmu,
    Nyamanlah kau di mahligaimu,
    Jikalau kering tubuhmu
    Dari air suci ini,
    Yang menghujani tubuh lima kala sehari,
    Bersedialah kau,
    Dihimpit penyesalan bertubi,
    Dililit seksaan dosa sendiri,
    Kerana nikmat sementara di bumi,
    Benarlah kata Tuhan,

    Kau insan yang rugi.

Komentar

Respon Pembaca