Diari H2O

Air Untuk Manusia, Air Oleh Manusia

We Are Sidang Blog BASiS

Wujud sejak 2016 atas bimbingan Encik Zefry Hanif atau mesra dikenali sebagai Cikgu Jep. Tujuannya adalah untuk menyertai pertandingan “My Pengguna” yang bertemakan “Air Untuk Manusia, Air Oleh Manusia”. Bagi memberikan kesedaran kepada rakyat tentang betapa pentingnya air apatah lagi mendepani krisis baru-baru ini iaitu El Nino. Diharap akan memberikan impak yang positif kepada masyarakat Malaysia.

Copyright © 2016 Diari H2O. Powered by Blogger.

Posts

Comments

Pasukan kami

Blog Journalis

Hubungi Kami

Jom Sertai Kami

Portfolio

    Ucapan Panel Pentadbir Diari H2O



    Ucapan Ketua Pentadbir

    Assalamualaikum wbt,salam damai saya ucapkan kepada semua pembaca diari H2O.Sekalung tahniah dan penghargaan saya ucapkan buat semua warga BASIS kerana telah bertungkus lumus menghasilkan serta menenruskan kesinambungan untuk merealisaikan hasrat warga sekolah ke arah kecemerlangan.Tidak lupa juga guru pembibing kami iaitu Cikgu Zefri Hanif atau lebih dikenali sebagai Cikgu Jep kerana telah  memberkikan tunjuk ajar yang sewajarnya untuk menjadikan hasrat ini bukan sahaja satu fantasi.Saya ingin  menucapkan terima kasih kerana telah memberikan saya peluang untuk mencoretkan sepatah dua kata kepada pembaca sekalian.

      Rakan-rakan sekalian,
            Tertubuhnya laman blog "Diari H2O" ini adalah untuk menyahut seruan kerajaan  bagi melahirkan insan insan berpengetahuan.Selaras dengan hasrat Perdana Menteri kita,dengan adanya blog ini akan celiklah mata mata pembaca tentang kepentingan air yang sering kita abaikan.Dengan berpegang kepada niat yang murni ini  diharapkan  balasan dan keterikatan kini yang sering membelenggu minda remaja dengan hiburan semamata mata dapat dikurangkan dengan fakta fakta ilmiah.

             Vergilus pernah berkata"Kerja yang dilakukan dengan semangat yang tidak kenal putus asa, dapat mengatasi segala galanya." Berdosalaha saya jiga tidak saya kupas tentang El Nino yang merupakan topik yang sering menjadi bualan di gerai gerai mahupun di sidang parlimen.

             Sudah terang lagi bersuluh,dengan momentum yang telah dibekalkan oleh warga BASiS,in sha Allah legasi yang diasaskan dapat diteruskan dengan jayanya.Saya mempunyai harapan yang menggunung untuk melihat laman blog ini berjaya dilakar dipersada antarabangsa.Selamat maju jaya saya ucapkan.Sekian.

    Ketua Pentadbir Diari H2O
    Ali Imran Bin Yusri

    Ucapan Timbalan Ketua Pentadbir




    Assalamualaikum,dan salam sejahtera.Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat saya melaksanakan projek blog sempena minggu pengguna kebangsaan.Sekalung penghargaan buat warga Basis kerana memberikan kerjasama dalam setiap program yang diadakan.Tidak lupa juga,Guru Pembimbing En.Zeffy Hanif atau  lebih mesra dikenali sebagai  Cikgu Jep/Syabas dan tahniah kerana blog ini telah dapat direalisasikan.

       Pembaca sekalian
             William Shakespere pernah berkata "Jangan hentikan usaha yang mulia selagi hasilnya belum kita kecapi."Selaran dengan tujuan penerbitan laman blog ini ,untuk memberi maslahat kepada marhaen.Menyedari sikap pengguna di kalangan masyarakat yang kian punah,kerajaan telah mengambil pelbagai prakrsa  untuk mengadakan pelbagai program seperti pertandingan bukan sahaja di peringkat sekolah malah di peringkat IPT.Saya memuji langkah  yang diambil dan  sangat bersetuju dengan usaha yang dilakukan.Bagi menyokong pihak kerajaan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai,kami memutuskan untuk menyertai pertandingan ini.

           Surah Al Anbiya ayat 30 Allah menjelaskan bahwa "Daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup."Ayat ini menunjukkan segala hidupan terjadi daripada air.Air dan kehidupan tidak dapat dipisahkan.Oleh itu,tajuk "Air untuk Manusia,Air oleh Manusia" sebagai tema wajib bagi pertandingan ini amat luas dan tidak asing di kalangan rakyat,Meandangkan fenomena El Nino yang melanda,kesedaran untuk menghargai air perlu dipupuk.

          Akhir kalam, Saya selaku Timbalan Ketua Pentadbir DiariH2O,Ahmad Khaidir Amir bin Rodzman berharap para pembaca akan terus menyokong laman ini,memberikan komen yang membina dan dijadikan rujukan dalam pelbagai bidang ilmu.Sebagai pembakar semangat saya dan kalian,renungkanlah kata-kata Ibu Zain "Selagi kita bernyawa,kita mestilah berbakti untuk bangsa dan negaraItulah kebaikan sebenar."Sekian, Terima kasih.

    Timbalan Ketua Pentadbir Diari H2O
    Ahmad Khaidir Amir Bin Rodzman

    Biodata Penulis
    Nama diberi Ahmad Khaidir Amir bin Rodzman.Dilahirkan di Kuala Lumpurdan dibesarkan di Telok Panglima Garang.Mendapat pendidikan awal di SK Telok Panglima Garang,Kemudian menyambung pendidikan di SMK Telok Panglima Garang.Berbekalkan keputusan yang baik dalam PT3,beliau telah menyambungkan pendidikan ke SM Sains Banting atau BASiS.

    Mengurus blog persendiriannya iaitu khaidirkhaizuki.blogspot.my.Blognya telah berjaya muncul di suratkhabar.Berpengalaman dalam dunia blog selama setahun lima bulan.Mendapat johan dalam pertandingan pantun peringkat daerah,dan ke peringkat negeri pada tahun 2014.Seorang gitaris kumpulan nasyid Soutul Habib peringkat Negeri INTEC OPEN.Mewakil sekolah keperingkat daerah dalam sukan Bola Keranjang.



Komentar

Respon Pembaca